of  

or
Sign in to continue reading...

Pengurusan Lebihan Dana Takaful: Satu Analisis

By Mohd Isa Mohd Deni
8 years ago
Pengurusan Lebihan Dana Takaful: Satu Analisis

Ard, Fatwa , Ijtihad , Iman, Islam, Mal, Salah , Shariah , Takaful , Wakalah


Create FREE account or Login to add your comment
Comments (0)


Transcription

  1. INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH , DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) PENGURUSAN LEBIHAN DANA TAKAFUL: SATU ANALISIS 1103 MOHD ISA MOHD DENI Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) NURUL HUDA ABDULLAH@ ABDUL AZIZ ABSTRAK Takaful ialah suatu bentuk instrumen muamalat moden yang berprinsipkan konsep syariah yang telah diamalkan sejak lama dahulu. Keunikan takaful berbanding insurans konvensional ialah pada kontraknya yang berasaskan taawun dan tabaru’(derma) , hal ini melahirkan situasi menang-menang di kalangan sesama peserta dan syarikat pengendali takaful itu sendiri. Namun, persoalan yang timbul ialah jika ada lebihan dana derma tersebut, ke mana dan bagaimana ia diuruskan. Objektif penulisan ini ialah untuk melihat bagaimana lebihan dana tersebut diuruskan dan adakah ia selaras dengan undang-undang dan syarak. Kajian ini akan menggunakan kaedah kajian perpustakaan dan lapangan. Analisis deskriptif akan digunakan dalam menerangkan konsep dan perlaksanaan takaful serta pengurusan dana lebihan takaful melalui kajian literatur yang berkaitan, fatwa-fatwa terkini dalam kewangan Islam serta dokumen-dokumen kontrak daripada beberapa pengendali takaful utama di Malaysia. Umumnya dana lebihan ini akan diagihkan kepada sesama peserta takaful mengikut syarat-syaratnya dan akan ada caj tertentu dikenakan oleh pengendali takaful sebagai sebahagian pendapatan mereka. PENGENALAN Takaful merupakan salah satu cabang daripada bidang muamalat Islam. Kewujudannya adalah untuk memenuhi salah satu aspek dharuriyat al-khamsah atau kepentingan yang lima iaitu untuk menjaga kemaslahatan harta manusia. Kebiasaannya pada hari ini apabila sesuatu musibah menimpa seseorang, individu yang menghadapinya akan menanggung risiko kewangan yang tinggi, ini kerana wang menjadi asas kehidupan yang tidak kurang pentingnya. Sebenarnya konsep takaful itu bukanlah perkara baru malah telah diamalkan oleh masyarakat Arab sejak zaman Jahiliyyah lagi. Antara amalan yang amat mirip dengan sistem takaful ialah sistem al-‘Aqilah yang diwujudkan di kalangan saudara mara orang yang di dakwa membunuh untuk membantunya membayar gantirugi (Mohd.Ma’sumBillah, 2003). Takaful ialah sistem insurans secara Islam dalam bentuk moden yang dilaksanakan selaras dengan kehendak-kehendak syarak. Seksyen 2, Akta Takaful 1984 mentakrifkan takaful sebagai suatu skim yang berasaskan persaudaraan, perpaduan dan bantuan bersama yang 1761
  2. INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH , DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) menyediakan pertolongan dan bantuan kewangan kepada peserta yang memerlukan di mana peserta-peserta sama-sama bersetuju untuk memberi sumbangan bagi maksud itu (Akta Takaful,1984). Setiap peserta akan menyumbangkan sejumlah wang (tabarru’) ke dalam tabungan yang akan dikendalikan oleh syarikat takaful (Ab Mumin, 1999). Perkembangan takaful bukan sahaja dalam aspek perniagaan dan teknikal sahaja bahkan juga dari aspek konsep-konsep syariah yang digunakan. Disebabkan sistem ini agak baru dalam dunia kewangan moden beberapa penambahbaikan telah dilakukan dari aspek operasinya supaya benar-benar selaras dengan prinsip-prinsip syariah. Ini juga menuntut kepada ijtihadijtihad baru yang sesuai dengan situasi semasa. Antara isu yang sering dibahaskan dalam bidang muamalat moden ini ialah pembahagian lebihan dalam Dana Risiko takaful atau lebihan underiter (underwriting surplus). DEFINISI Lebihan underiter atau underwriting surplus merujuk kepada lebihan yang ada daripada jumlah keseluruhan dana yang disumbangkan oleh peserta takaful dalam satu-satu tempoh kewangan melebihi jumlah pembayaran manfaat yang dikeluarkan selepas ditolak kos-kos lain seperti retakaful dan kos teknikal (AAOIFI, 2007). Lebihan underiter juga berkait rapat dengan model sesuatu takaful. Dalam model wakalah sebagai contoh, lebihan yang dimaksudkan merujuk kepada lebihan yang disumbangkan oleh peserta ke dalam Dana Risiko yang berasaskan kepada kontrak tabarru’. Apabila sampai kepada satu tempoh kewangan, jumlah wang yang ditabarru’ tidak akan sama dengan jumlah tuntutan. Jika jumlah tabarru’ kurang daripada jumlah tuntutan maka Dana Risiko akan mengalami defisit, sebaliknya jika jumlah tabarru’ melebihi jumlah tuntutan maka Dana Risiko akan mempunyai lebihan. Lebihan underiter dalam takaful adalah sesuatu yang unik. Berbanding insurans konvensional, premium yang dibayar oleh pelanggan dikira sebagai pendapatan untuk syarikat insurans. Sebagai balasan, bayaran pampasan terhadap pelanggan akan diambil daripada pendapatan tersebut, tidak wujud pembahagian dana sama ada untuk Dana Risiko atau Dana Pemegang Saham. 1762
  3. INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH , DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) Dalam insurans konvensional, pembayaran pampasan hanya bergantung kepada kemampuan syarikat untuk membayar. Ini sangat berbeza dengan takaful kerana ia mengklasifikasikan dananya kepada dua kategori utama iaitu Dana Risiko dan Dana Pemegang Saham atau Dana Pelaburan jika ada. Ini adalah natijah daripada kontrak yang digunakan oleh takaful yang berasaskan tabarru’. Dana Risiko diwujudkan bertujuan untuk membayar manfaat takaful kepada peserta yang membuat tuntutan. Jumlah tuntutan akan memberi kesan kepada dana tersebut sama ada lebihan atau defisit. Jika berlaku defisit, jaminan untuk membayar pampasan kepada peserta adalah bergantung kepada pinjaman tanpa faedah yang disuntik dari Dana Pemegang Saham kepada Dana Risiko. Merujuk kepada keadaan ini, kemampuan syarikat pengendali takaful untuk menangani situasi begini juga sangat penting. PANDANGAN PAKAR MENGENAI LEBIHAN DANA RISIKO Umumnya terdapat tiga pandangan utama mengenai lebihan Dana Risiko takaful ini (Kamaruzaman, 2012). Pandangan pertama mendakwa peserta dan syarikat pengendali tiada apa-apa hak terhadap lebihan yang ada. Ini kerana sesuatu yang telah ditabarru’kan tidak lagi menjadi hak pemilik asal sepertimana sedekah, derma dan hadiah selari dengan niat asalnya yang tidak mengharapkan apa-apa balasan duniawi. Satu pihak lagi berpendapat lebihan yang ada dalam Dana Risiko adalah milik peserta sahaja, pihak lain yang tiada kaitan tidak layak menerimanya. Adanya lebihan dalam Dana Risiko sebenarnya menggambarkan tiada orang yang menerima sumbangan tersebut. Ini selaras dengan kontrak hibah yang mensyaratkan adanya qabd (penerimaan), jika tiada maka diharuskan untuk menarik balik sumbangan tersebut (BNM, 2010). Ini juga selaras dengan keputusan awal AAOIFI pada tahun 2010 yang menetapkan hanya peserta yang berhak terhadap Dana Risiko. Pandangan ketiga pula mengharuskan perkongsian lebihan tersebut antara pihak peserta dengan pihak pengendali takaful. Pandangan ini telah dikeluarkan di Malaysia oleh MPS sejak tahun 2004 sebelum diikuti oleh institusi lain seperti AAOIFI dan lain-lain (BNM, 2010). 1763
  4. INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH , DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) Dari perspektif syarikat pengendali takaful, mereka juga berhak terhadap lebihan tersebut kerana lebihan yang terhasil dikatakan adalah petunjuk kepada kecekapan pengurusan mereka juga. Kedua-dua pihak sama ada peserta dan pengendali takaful mendakwa berhak terhadap lebihan tersebut. Ini menimbulkan persoalan, siapakah sebenarnya yang mempunyai hak terhadap Dana Risiko dan lebihannya dan siapakah yang layak untuk berkongsi lebihan tersebut (Nurul Huda, 2012). Merujuk kepada model mudarabah pula, Dana Mudarabah adalah dana underiter (dana yang menjamin perlindungan peserta), oleh itu ia akan digunakan untuk membayar manfaat takaful kepada peserta. Baki Dana Mudarabah itu dianggap sebagai lebihan yang akan dikongsi bersama antara pengendali takaful dengan para peserta mengikut nisbah yang dipersetujui. Isu yang timbul ialah sama ada lebihan tersebut sama dengan keuntungan dan bagaimana untuk menentukan persamaan tersebut (Nurul Huda, 2012). KEPUTUSAN-KEPUTUSAN YANG DICAPAI 1. MAJLIS PENASIHAT SYARIAH BANK NEGARA Disebabkan isu ini sangat penting, ia sering menjadi persoalan dan perbahasan dalam industri kewangan Islam sama ada dalam seminar, forum dan perbincangan-perbincangan akademi. Oleh sebab itu beberapa institusi berkaitan kewangan Islam mula mengeluarkan ketetapanketetapan tertentu untuk dijadikan garis panduan. Di Malaysia, Majlis Penasihat Syariah Bank Negara (MPS) dianggap sebagai yang paling berautoriti dalam mengeluarkan fatwa berkaitan ekonomi dan kewangan Islam. Tugas utamanya ialah menasihati Bank Negara berkaitan isu-isu yg timbul dalam kewangan Islam. Badan ini sering dijadikan rujukan apabila timbul isu-isu berkaitan kewangan Islam dan mualamat yang kontemporari . Majlis ini terdiri daripada ramai ulama dan pakar dalam bidang ekonomi, perbankan dan perundangan khususnya dalam kewangan Islam (BNM, 2016). 1764
  5. INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH , DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) Dalam industri takaful, pandangan MPS ini sering dijadikan panduan namun adakalanya panel syariah syarikat pengendali takaful akan mengambil pendirian yang lebih ketat selaras dengan garis panduan yang dikeluarkan BNM. Resolusi MPS sah dijadikan rujukan dalam mahkamah berkaitan kewangan Islam sepeeti yang diperuntukkan dalam Akta Bank Negara 2009. Resolusi syariah yang berkaitan dengan pembahagian lebihan Dana Risiko jelas dinyatakan dalam resolusi no. 52 seperti berikut (BNM, 2010) : Resolution No.52 Distribution of Surplus from Participants’ Risk Fund The MPS, in its 42nd meeting dated 25 March 2004 and 59th meeting dated 25 May 2006, has resolved that surplus from participants’ risk fund (for family takaful and general takaful plan) may be distributed amongst the participants and the takaful company. However, the method of distribution shall be clearly mentioned and agreed upon by the takaful participants during conclusion of the takaful contract. Resolusi tersebut mengharuskan perkongsian terhadap lebihan Dana Risiko. Dalam huraian resolusi tersebut, bagi model wakalah sebahagian sumbangan peserta akan disalurkan kepada Dana Risiko sebagai tabarru’. Resolusi ini juga boleh diguna pakai untuk takaful yang menggunakan model mudarabah. Dalam model ini, hanya Dana Mudarabah yang ada, ia wujud daripada modal yang disumbangkan oleh peserta. Manfaat takaful diambil daripada dana ini. Ringkasnya, dalam model mudarabah, Dana Mudarabah adalah juga Dana Risiko. Lebihan dalam Dana Mudarabah merujuk kepada baki daripada Dana Mudarabah selepas dilaburkan dan selepas dibayar manfaat takaful. MPS menegaskan juga bahawa pengagihan lebihan dana ini hendaklah ditetapkan dengan jelas dalam kontrak takaful, ini untuk memastikan persetujuan bersama benar-benar wujud. Asas Keharusan Perkongsiannya Keputusan yang dikeluarkan oleh MPS untuk mengharuskan perkongsian lebihan Dana Risiko terhadap pengendali takaful yang berasaskan kontrak wakalah, merupakan justifikasi kepada yuran prestasi pengurusannya. Walau bagaimanapun bagi takaful yang berasaskan mudarabah keharusan untuk berkongsi itu adalah disebabkan hak pengendali takaful untuk menerima perkongsian untung. 1765
  6. INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH , DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) MPS menentukan pendiriannya secara umum adalah berdasarkan persetujuan bersama di antara peserta dan pengendali takaful. Berdasarkan kaedah fiqh persetujuan bersama adalah dibenarkan selagi tidak bertentangan dengan prinsip-prinsip syariah. MPS juga menekankan bahwa tabarru' adalah asas utama kepada takaful sama ada ia wakalah atau mudarabah (BNM, 2010). Khusus bagi model wakalah, MPS memutuskan bahawa lebihan daripada Dana Risiko boleh dikongsi dengan syarikat pengendali takaful sebagai upah prestasi (performance fee). Hal ini mungkin dibolehkan atas alasan perkhidmatan mereka sememangnya dibayar berdasarkan konsep ju’alah (upah prestasi). Ju’alah merujuk kepada kontrak unilateral yang menjanjikan ganjaran berdasarkan sesuatu kerja atau tugas yang diselesaikan. MPS juga menyatakan pandangannya bahawa syarikat berhak untuk mendapat yuran prestasi berdasarkan kapasitinya sebagai pengendali kepada Dana Risiko. Sebagai pengendali yang menguruskan dana, ia berhak untuk memperoleh bayaran dengan persetujuan peserta. Bagi takaful yang menggunakan model mudarabah, MPS tidak menerangkan dengan spesifik asas kebenaran kepada syarikat untuk mengambil lebihan Dana Risiko. MPS hanya menerangkan secara umum bergantung kepada persetujuan kedua-dua belah pihak iaitu peserta dan syarikat pengendali takaful. 2. AAOIFI (ACCOUNTING & AUDITING ORGANIZATION FOR ILSAMIC INSTITUTION) AAOIFI (Accounting & Auditing Organization For Islamic Institution) merupakan badan yang menjadi rujukan dalam industri kewangan Islam pernah mengeluarkan keputusan pada 2010 berkenaan isu lebihan Dana Risiko ini. Dalam Standard 26 (5) yang dikeluarkan pada tahun 2010, peserta takaful dibenarkan untuk mengagihkan lebihan Dana Risiko sesama mereka. Syarikat pengendali takaful tidak berhak untuk menerima lebihan tersebut. Selepas dikemaskini pada 2012, badan ini telah mengeluarkan ketetapan baru yang akhirnya membenarkan juga syarikat untuk menerima lebihan Dana Risiko selepas ditolak rizab dan indemnity, malah mencadangkan 30% sebagai bahagian yang patut diterima syarikat. Dapat 1766
  7. INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH , DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) difahami bahawa keputusan pengharusannya oleh AAOIFI adalah sebagai yuran prestasi berasaskan kontrak ju’alah. 3. IFSA 2013 DAN TOF Bermula tahun 2013 kerajaan Malaysia telah mula memperkenalkan Akta Perbankan dan Kewangan Islam (IFSA) yang secara langsung mengambil alih Akta Takaful 1984 dan Akta Bak Islam 1983. Akta baru ini dilihat memberi lebih banyak ketelusan dalam industri kewangan termasuk takaful. IFSA dalam seksyen 94 secara khusus telah memperuntukkan peraturan berkenaan pengurusan lebihan Dana Risiko dalam takaful. IFSA jelas membenarkan syarikat takaful untuk menerima sebahagian lebihan Dana Risiko tetapi dengan syarat-syarat yang tertentu. Antaranya, syarikat perlu memastikan kekukuhan kumpulan wang takaful yang untuk memenuhi liabilitinya sebagai pengendali takaful serta memastikan layanan yang adil buat peserta dan kepentingan mereka terjaga (IFSA, 2013). BNM juga secara khusus telah mengeluarkan garis panduan untuk pengendali takaful melalui Takaful Operational Framework (TOF) pada tahun 2010 dan dikemaskini lagi pada tahun 2013. Garis panduan ini mesti diikuti oleh syarikat pengendali takaful untuk memastikan operasinya selari dengan undang-undang, melaksanakan urus tadbir yang terbaik dan patuh syariah berdasarkan keputusan-keputusan yang dibuat oleh MPS. Dalam isu lebihan, syarikat perlu mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan seperti berikut (TOF, 2013): 1. Upah prestasi hanya boleh diambil sekiranya bahagian lebihan untuk peserta Takaful juga dibayar atau disalurkan kepada peserta Takaful. 2. Jumlah upah prestasi yang diterima oleh pengendali Takaful dari lebihan dana tidak melebihi jumlah lebihan yang dibayar atau disalurkan kepada peserta Takaful. 3. Tidak ada baki tertunggak ke atas dana pemegang-pemegang saham pada waktu lebihan dana diputuskan. 4. Upah prestasi adalah sejajar dengan dasar-dasar pengendali Takaful terhadap pengurusan lebihan dana. 1767
  8. INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH , DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) Ringkasnya, dalam pengagihan tersebut syarikat dikehendaki mendahulukan kepentingan peserta takaful kerana pada asasnya lebihan tersebut adalah milik mereka. TOF ini juga secara tegas menyatakan bahawa pengagihan terhadap syarikat tidak boleh melebihi apa yang diagihkan kepada peserta, ringkasnya tidak lebih 50%. Sebelum itu ada syarikat yang mengambil lebihan serendah 10%, bahkan ada pula yang mengambil setinggi 80% (Hamim, 2015). Dengan adanya garis panduan ini, ia dilihat lebih adil dan seragam, justeru syarikat tidak boleh sesuka hati mengambil lebihan dana itu dengan kadar yang tidak munasabah. Namun begitu TOF juga dilihat memberi ruang yang lebih bebas kepada syarikat untuk menerima lebihan Dana Risiko apabila ia dibenarkan menerimanya walaupun Dana Risiko mempunyai outstanding qard yang belum dijelaskan (TOF, 2013). ISU-ISU DAN PENYELESAIAN Sebelum ini beberapa isu berkaitan pembahagian lebihan Dana Risiko telah hangat diperdebatkan walaupun ketetapan mengenainya oleh MPS telah dikeluarkan sejak 2004 lago. Antaranya mengenai justifikasi hak lebihan terhadap syarikat pengendali takaful. Prof. Dr Engku Rabiah ketika mengulas isu ini dalam Muzakarah Cendekiawan Syariah Nusantara ke 7 di Singapura berpendapat, perkongsian lebihan Dana Risiko atas alasan yuran prestasi perlu penjelasan yang lebih terperinci (ISRA, 2013). Secara umum, lebihan yang terhasil adalah disebabkan kurangnya tuntutan pampasan daripada peserta, bukan disebabkan pengurusan yang efisen. Penulis belum menemukan jawapan terhadap kritikan di atas. Menurut Kamaruzaman (2012) pula ia boleh dijustifikasikan sebagai upah yang dikenakan terhadap kerja yang terpaksa dilakukan oleh syarikat melampaui apa yang patut dilakukan. Malah kerja-kerja mengurus dan menentukan lebihan yang ada dalam Dana Risiko perlu dilakukan dengan teliti teratur (Kamaruzaman, 2012). Namun satu pihak lain pula berpandangan, jika syarikat ingin meningkatkan lagi pendapatan, adalah lebih wajar untuk menggunakan sumber yang lebih pasti dan tidak meragukan supaya terselamat daripada berlaku ketidakadilan kepada peserta takaful (Abdul Hakim, 2013). Resolusi MPS tidak menyatakan dengan terperinci justifikasi keharusan dikenakan yuran prestasi atas lebihan Dana Risiko, namun dapat difahami dari segi fiqh, ia dibolehkan 1768
  9. INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH , DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) berdasarkan kontrak jualah / ji’alah. Terdapat kritikan terhadap penggunaan kontrak ini pada isu pengagihan, ia dianggap tidak menepati syarat kerana jumlah ganjaran yang akan diterima tidak diketahui dengan jelas, namun ia dianggap masih boleh dipertimbangkan untuk diaplikasikan (Ali Jinnah, 2013). Bagi Kamaruzaman pula penggunaan ji’alah dalam konteks ini tiada masalah kerana jumlah peratusan yang dinyatakan sudah memadai tanpa menyatakan dengan jelas nilai sebenar ganjaran yang akan diperolehi. Merujuk kepada Dana Mudarabah dalam takaful, jika ada lebihan ia sebenarnya percampuran antara modal dan keuntungan. Oleh itu perkongsian lebihan adalah tidak selari dengan perkongsian untung dalam mudarabah, apa yang berlaku ialah perkongsian itu melibatkan modal peserta dengan keuntungannya sekali. Hal ini agak bertentangan dengan konsep mudarabah (Nurul Huda, 2012). Pandangan MPS mengenai kedudukan lebihan Dana Risiko dalam model mudarabah menimbulkan persoalan sama ada lebihan tersebut sama seperti keuntungan. Pada asasnya hanya keutungan yang dikongsi sedangkan modal hendaklah dipulangkan kepada pemodal. Untuk keluar daripada kemelut ini maka jalan yang lebih selamat jika syarikat ingin menikmati juga lebihan ini ialah menggunakan model wakalah. Mungkin itulah sebabnya kini hampir semua syarikat pengendali takaful keluarga di Malaysia telah beralih kepada model wakalah dan tidak lagi mudarabah. Sesetengah pengkaji seolah-olah tidak berpuas hati apabila ketetapan yang dikeluarkan dalam Resolusi Syariah MPS memberi garis panduan umum tanpa menyebut kontrak jualah dalam model wakalah atau modified mudarabah secara khusus (Nurul Huda, 2012). Namun bagi penulis, hal ini mungkin disengajakan kerana tidak mahu pihak lain terlalu terkongkong, malah ini akan memberi ruang kepada pihak lain dalam industri untuk terus membuat kajian dan membuka peluang ijtihad yang lebih luas untuk industri ini berkembang dengan lebih positif. KESIMPULAN Pada pemerhatian penulis, selepas BNM melancarkan TOF pada 2012 dan IFSA pada tahun 2013, perdebatan mengenai isu lebihan Dana Risiko agak reda. Malahan, semua syarikat1769
  10. INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH , DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) syarikat takaful di Malaysia telah mengaplikasi perkongsian lebihan Dana Risiko hingga ke paras maksimum yang ditetapkan, iaitu 50%. Namun ia lebih baik berbanding dahulu yang menyaksikan ketidakseragaman pengagihan sehingga ada syarikat mengambil terlalu rendah (10%) dan ada juga terlalu tinggi (80%) (Hamim, 2015). Perkembangan terkini juga menunjukkan syarikat diberi lebih kelonggaran untuk menikmati lebihan tersebut. Syarikat tidak perlu lagi menunggu sehingga outstanding qard yang disuntik ke dalam Dana Risiko dilangsaikan untuk mendapat bahagian daripada lebihan itu. Ini kerana kewajipan melangsaikan qard yang diberi oleh syarikat dianggap tidak berkaitan dengan kelayakannya untuk berkongsi lebihan Dana Risiko (TOF, 2013). Hamim dalam kajiannya mendapati pengagihan lebihan Dana Risiko memberi kesan yang signifikan kepada prestasi sesebuah syarikat takaful.Perkongsian lebihan tersebut memberi lebih motivasi kepada syarikat untuk menguruskan takaful peserta dengan lebih efisien dan efektif (Hamim, 2015). Jika tidak, pendapatan syarikat hanya bergantung kepada yuran wakalah yang agak terhad. Dari satu aspek pula, peserta juga dapat menikmati lebihan Dana Risiko yang tidak digunakan berbanding insurans konvensional yang tentu sekali tidak ada pembahagian sebegini. Justeru, kajian-kajian untuk melihat kewajaran perkongsian lebihan Dana Risiko ini adalah amat penting dan sangat besar kesannya kepada industri takaful terutama di Malaysia. RUJUKAN Islamic Financial and Service Act (IFSA) 2013. Bank Negara Malaysia. http://www.bnm.gov.my/documents/act/en_ifsa.pdf. Abdul Hakim (2013) Kerangka Pengurusan dan Penentuan ‘Performance Fee’ dibentangkan di Muzakarah Cendekiawan Syariah Nusantara ke 7, Singapura. Muhammad Ali Jinnah Ahmad, Lokmanulhakim Hussain & Apnizan Abdullah (2013) Takyif Fiqhi Terhadap Yuran Prestasi (Performance Fee) Daripada Lebihan (Surplus) Dana Risiko Peserta Takaful dibentangkan di Muzakarah Cendekiawan Syariah Nusantara ke 7, Singapura. 1770
  11. INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH , DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) Kamaruzaman Noordin (2012). The Management of Underwriting Surplus by Takaful Operators in Malaysia. http://www.repository.um.edu.my/34542/1/The%20Management%20of%20Underwriting%2 0Surplus%20by%20Takaful%20.operators%20in%20Malaysia%20eDITED.pdf. Kamaruzaman Noordin (2012). A Juristic Evaluation Of The Application Of Ji`Alah (Reward Contract) As The Underlying Basis For Justifying Surplus Sharing Practice. https://umexpert.um.edu.my/file/publication/00005448_101377.pdf. Nurul Huda Abdullah@ Abd Aziz (2012) A Critical Analysis on The Surplus Sharing in Takaful Business. Master Thesis. IIUM Hamim Syahrum Ahmad Mokhtar, Izwayu Abdul Aziz, Noraziyah Md. Hilal (2015) SurplusSharing Practices Of Takaful Operators In Malaysia. ISRA International Journal of Islamic Finance ,Vol. 7, Issue 1, 2015 Bank Negara Malaysia (2010). Shariah Resolutions in Islamic Finance, 2nd Edition. BNM. Kuala Lumpur. Ab Mumin Ab Ghani (1999), Sistem Kewangan Islam di Malaysia. Kuala Lumpur: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. AAOIFI (2007), Standard No. 13: Disclosure of Bases for Determining and Allocating Surplus or Deficit in Islamic Insurance Companies, in Accounting, Auditing and Governance Standards, English version, AAOIFI, Bahrain, p. 409. 1771
  12. INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH , DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) Zainal Abidin Mohd Kassim. Takaful: a Question of Surplus, in Sohail Jaffer ed. (2007), Islamic Insurance: Trends, Opportunities and the Future of Takaful, Euromoney Books, London. Zainal Abidin Kasim, Farzana Ismail. Updates On Takaful: Regulating The Way Forward. http://www.actuarialpartners.com/wp-content/uploads/2013/09/Updates-on-takafulRegulating-the-way-forward.pdf. BNM (2016). Shariah Advisory Council of The Bank. http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=en_about&pg=en_thebank&ac=802&lang=en ISRA (2013) http://ifikr.isra.my/event-articles/-eventArticles/getPublicationDetail/4218. 1772