Cadangan Kerja-Kerja Penggantian Paip Perkhidmatan Serta Kerja-Kerja Berkaitan Di Institut Kemahiran Mara (IKM) Tan Sri Yahaya Ahmad, Pekan, Pahang Darul Makmur.
Cadangan Kerja-Kerja Penggantian Paip Perkhidmatan Serta Kerja-Kerja Berkaitan Di Institut Kemahiran Mara (IKM) Tan Sri Yahaya Ahmad, Pekan, Pahang Darul Makmur.
Amanah
Amanah
Transcription
- MAJLIS AMANAH RAKYAT (MARA) Agensi Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah KENYATAAN TAWARAN (KHAS UNTUK BUMIPUTERA) 1.Tawaran adalah dipelawa kepada kontraktor Bumiputera yang berpengalaman, berkelayakan dan didaftarkan dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM) / CIDB dalam kategori dan pengkhususan yang berkaitan bagi melaksanakan kerja-kerja berikut : CADANGAN KERJA-KERJA PENGGANTIAN PAIP PERKHIDMATAN SERTA KERJA-KERJA BERKAITAN DI INSTITUT KEMAHIRAN MARA (IKM) TAN SRI YAHAYA AHMAD, PEKAN, PAHANG DARUL MAKMUR. NO TENDER TARIKH, MASA & LAWATAN TAPAK 43/2018 02/05/2018 11:00 pagi Institut Kemahiran MARA Tan Sri Yahaya Ahmad Kaw. Perindustrian Peramu Jaya, 26600 Pekan, Pahang. TEMPOH PENJUALAN TENDER 03/05/2018 Hingga 09/05/2018 LPIPM Gred : G3 : CE Kategori Pengkhususan : CE20 HARGA SENASKAH DOKUMEN TARIKH TUTUP TENDER RM126.00 24/05/2018 + RM7.55 (GST6%) (sebelum 12.00 = RM133.55 tengah hari) *Sila bawa cop syarikat semasa menghadiri taklimat tender 2. Kontraktor hendaklah mengemukakan sijil-sijil berikut yang masih sah tempohnya untuk semakan sebelum dibenarkan mengambil dokumen :i. Sijil Asal Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) yang dikeluarkan oleh CIDB ii. Sijil Asal Perolehan Kerja Kerajaan (SPPK) yang dikeluarkan oleh CIDB iii. Sijil Asal Taraf Bumiputera (STB) yang dikeluarkan oleh (PKK) Satu (1) salinan fotostat Sijil-sijil Asal bagi dokumen di atas (tidak dikembalikan) hendaklah dikemukakan untuk simpanan MARA semasa hendak membeli dokumen. MARA berhak menolak permohonan yang pada tanggapan MARA tidak layak. 3. Bayaran dokumen tender boleh dibuat secara BANK DRAF atas nama MAJLIS AMANAH RAKYAT (MARA). Wang ini tidak akan dikembalikan. Satu (1) kontraktor hanya dibenarkan membeli satu (1) dokumen tender bagi setiap tender dan mengemukakan (1) tawaran tender sahaja. 4. Dokumen tender boleh didapati pada waktu pejabat (8.30 pagi - 1.00 ptg, 2.00ptg - 4.30 petang) di alamat seperti di bawah. Dokumen tawaran tidak akan dijual selepas tempoh penjualan tender ini. 5. Kontraktor yang berminat DIWAJIBKAN menghadiri taklimat tender seperti alamat di atas. Wakil syarikat adalah TIDAK DIBENARKAN untuk menghadiri taklimat tender dan membeli dokumen. Hanya PEMILIK SYARIKAT / PENAMA yang dibenarkan menghadiri lawatan tapak dan pengambilan dokumen dengan mengemukakan KAD PENGENALAN dan SIJIL AKUAN PENDAFTARAN SYARIKAT dengan KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA / CIDB untuk pengesahan. Tawaran dianggap sebagai tidak sah jika pengesahan lawatan tapak dan taklimat tender tidak ditandatangani oleh Pegawai Penguasa yang dilantik oleh MARA semasa menghadiri taklimat tender. 6. Semua kos berkaitan dengan Tawaran Kerja di atas adalah menjadi tanggungjawab kontraktor. 7. MARA tidak tertakluk menerima mana-mana tawaran terendah atau sebarang tawaran. MARA berhak untuk membatalkan atau menunda atau menggantung tawaran di atas secara keseluruhan atau sebahagian sebelum atau selepas tarikh dan masa tutup tawaran tanpa menyatakan sebab di atas keputusan tersebut. 8. Dokumen tender yang telah lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bermeteri dan bertanda dengan No. Tender dan Tajuk Kerja di sebelah kiri atas sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tender seperti alamat di bawah : PENGARAH BAHAGIAN PENGURUSAN ASET & PEROLEHAN TINGKAT 2 (KAUNTER TENDER) LOT 3.15, IBU PEJABAT MARA, 21, JALAN MARA, 50609 KUALA LUMPUR Pada atau sebelum tarikh tutup tender jam 12.00 tengah hari. 9. Dokumen tender yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup tender tidak akan diterima dan ditolak. Maklumat ringkas tawaran di atas boleh dilayari di http://www.mara.gov.my
Create FREE account or Login to add your comment